Saya pun bukan nak kata mahir tapi cuba lah kongsi setakat yang mampu. Menghindar sentiasa lebih baik dari merawat, seperti yang saya jelaskan dalam post saya yang lebih awal: ancaman kepada keselamatan walaupun hanya sekalai tetapi kerugian atau kerosakan akibat ancaman tersebut mungkin membuat kita menyesal sepanjang hayat.
Disini saya kongsikan beberapa perkara yang dapat kita praktikkan bagi mengelak berlakunya serangan penjenayah. Antaranya ialah:
- Jangan berjalan bersendirian ditempat sunyi, terutamanya pada waktu malam. Lebih ramai lebih baik.
- Berjalanlah ditempat yang terbuka dan pilihlah jalan yang diterangi cahaya.
- Elakkan berjalan terlalu rapat dengan binaan, semak atau pokok yang memungkinkan sesiapa saja yang bersembunyi disebaliknya mencapai anda dengan pantas.
- Berjalan dengan yakin dan berani, mereka yang kelihatan takut memberi keyakinan kepada penyerang bahawa mereka adalah mangsa yang mudah.
- Sentiasa biarkan sebelah tangan anda kosong tanpa memegang apa-apa. Ini membolehkan anda bertindak sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
- Elakkan dari menggunakan laluan yang sama setiap hari, supaya pergerakan anda tidak mudah dijangka dan diperangkap.
- Jangan pamerkan barang kemas anda, simpan dompet dalam poket hadapan dan beg duit dalam jaket. Pastikan barangan berharga seperti itu tidak mudah dilihat.
- Jangan gunakan mesin ATM pada waktu malam jika anda berseorangan.
- Jika anda rasa anda diekori, segera masuk ke dalam kedai, restoran atau pergi ke rumah yang berpenghuni.
- Jangan bergelut dengan peragut atau perompak untuk menelamatkan harta benda anda. Ingat nyawa ialah harta yang paling berharga!
No comments:
Post a Comment