Salam Sihat Dan Selamat!

Harap Blog ini dapat dimanfaatkan sebagai ruangan untuk berkongsi maklumat dan nasihat berkaitan kesihatan dan keselamatan. Saya amat mengalu-alukan komen dan nasihat daripada para pengunjung agar kita sama-sama beroleh kebaikan dari perkongsian ilmu tersebut.


Semua yang saya catatkan di sini bukan daripada kajian atau penemuan saya sendiri, saya mungkin memperolehinya dari pembacaan, perbincangan dan pengalaman saya. Saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian
yang dialami mana-mana pihak akibat maklumat dan artikel yang saya paparkan.

Harap Maklum.Teruskan mengikuti blog ini!

Semoga anda semua sentiasa sihat dan selamat!

Sunday, 24 June 2012

Semburan Pewangi

Salam Sihat dan Selamat,

Anda biasa menggunakan pewangi? Pasti ramai antara kita yang gemar kepada wangi-wangian dan mungkin terlalu obses hingga membawa pewangi kemana saja mereka pergi. Bukan nak promote mana-mana jenama pewangi tapi nak cerita pasal kebaikan kalau ada minyak wangi jenis semburan, bukan yang jenis "roll-on" tau!


Sudah pasti minyak wangi membuat kita sentiasa berkeyakinan malah dalam Islam memakai minyak wangi adalah sunnah Rasulullah s.a.w, maknanya dapat pahala kalau pakai dengan tujuan baik. Tapi saya tak mau pergi lebih jauh tentang minyak wangi sebab saya sebenarnya nak cerita tentang manfaat semburan minyak wangi yang mungkin kita tak sedari (kalau yang sedar baguslah...)

Sebenarnya memang baik jika membawa minyak wangi kemana saja kita pergi, letakkan ia di tempat yang mudah dicapai. Maksud saya empat yang anda boleh akses dalam masa kurang dari 5 saat. Boleh jadi dalam poket seluar, poket paling hadapan beg sling anda, atau mana-mana tempat yang anda fikirkan sesuai.

Semburan minyak wangi selain dapat menyelamatkan anda dari bau badan juga boleh memberi ruang untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku serangan fizikal. Pada saat kritikal anda diserang oleh peragut, pencabul atau penyamun, semburan minyak wangi mungkin dapat memberi ruang untuk anda bertindak. Bagaimana???

  • Berhadapan dengan penyerang.
  • Capai penyembur minyak wangi anda seberapa pantas yang boleh.
  • Elakkan pergelutan kerana ia menyekat peluang anda bertindak.
  • Semburkan minyak wangi tepat ke mata penyerang.
Tindakan awal sesiapa saja dalam situasi ini ialah melindungi mata dari cecair yang disemburkan. Ini boleh memberi anda ruang untuk membuat tindakan atau pilihan seterusnya. Ingat! Kajian menunjukkan mangsa biasanya ada kurang 13 saat untuk memilih samada untuk lari atau lawan. Keadaan penyerang yang tidak stabil tadi mungkin membolehkan anda bertindak melarikan diri, menjerit untuk mendapatkan pertolongan, atau melepaskan satu tendangan. Bertindaklah dengan bijak mengikut kesesuaian dan kemampuan anda pada situasi berkenaan.

Saya sentiasa doakan anda semua Sihat dan Selamat.

No comments:

Post a Comment