- Gunakan pintu daripada besi atau kayu dengan ketebalan sekurang-kurangnya 1.75 inci.
- Kenalpasti kelemahan pada sistem keselamatan di rumah kita. (Berfikirlah macam pencuri!)
- Pasangkan jeriji yang boleh dibuka dengan mudah dari dalam pada tingkap.
- Sembunyikan pendawaian elektrik sistem penggera keselamatan dirumah anda, agar tidak dipotong oleh pencuri.
- Tukarkan kunci setiap kali anda kehilangan anak kunci atau berpindah kerumah baru.
- Gunakan kunci jenis "deadbolt" untuk pintu-pintu utama di rumah anda.
- Pastikan semua tingkap dan pintu berkunci semasa anda tiada di rumah.
- Pasangkan lampu jika anda meninggalkan rumah untuk masa yang agak lama.
- Cantas atau tebang pohon dan dahan pokok yang berhampiran dengan tingkap rumah anda. Jika boleh elakkan dari menanam pokok terlalu rapat dengan rumah.
- Jangan tinggalkan nota untuk ahli keluarga atau pemberi perkhidmatan di pintu rumah atau peti surat.
Salam Sihat Dan Selamat!
Harap Blog ini dapat dimanfaatkan sebagai ruangan untuk berkongsi maklumat dan nasihat berkaitan kesihatan dan keselamatan. Saya amat mengalu-alukan komen dan nasihat daripada para pengunjung agar kita sama-sama beroleh kebaikan dari perkongsian ilmu tersebut.
Semua yang saya catatkan di sini bukan daripada kajian atau penemuan saya sendiri, saya mungkin memperolehinya dari pembacaan, perbincangan dan pengalaman saya. Saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian
yang dialami mana-mana pihak akibat maklumat dan artikel yang saya paparkan.
Harap Maklum.Teruskan mengikuti blog ini!
Semoga anda semua sentiasa sihat dan selamat!
Semua yang saya catatkan di sini bukan daripada kajian atau penemuan saya sendiri, saya mungkin memperolehinya dari pembacaan, perbincangan dan pengalaman saya. Saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian
yang dialami mana-mana pihak akibat maklumat dan artikel yang saya paparkan.
Harap Maklum.Teruskan mengikuti blog ini!
Semoga anda semua sentiasa sihat dan selamat!
Wednesday, 20 June 2012
Elak Pecah Rumah!
Kejadian pecah rumah dan kecurian bukan sesuatu yang asing bagi kita, sering saja kita disajikan dengan berita-berita ngeri dan menakutkan tentang insiden pecah rumah dan kecurian. Kita di Malaysia amat bersyukur mempunyai pasukan keselamatan yang cekap dan menjalankan tugas dengan baik, mereka bertungkus-lumus dalam memastikan keamanan dan ketenteraman kita sepanjang masa.
Bagaimanapun kita harus berusaha dalam memastikan keselamatan yang kita kecapi sekarang berkekalan. Saya ingin kongsikan tentang 10 perkara yang mungkin kita sama-sama dapat praktikkan untuk mencegah kecurian dan pecah rumah daripada berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment