Ancaman terhadap keselamatan mungkin berlaku dalam pelbagai bentuk. Ia mungkin berupa serangan fizikal, gangguan emosi, kerosakan harta benda, tindakan yang mendatangkan aib atau menjatuhkan maruah, dan lain-lain lagi perkara yang boleh mengakibatkan hilangnya rasa aman dan tenteram pada individu atau sesebuah kumpulan. Kali ini biar saya cerita pasal ancaman secara fizikal terhadap individu dulu. Secara umumnya tindakan individu atau kumpulan terhadap sesuatu ancaman adalah hampir sama.
Hanya ada tiga kemungkinan yang akan berlaku iaitu lari (fly), lemah (freeze) atau lawan (fight) kalau 3L ini adalah tindakan yang akan diambil oleh mana-mana individu ketika berhadapan dengan ancaman. Lari bermaksud melepaskan diri daripada kawasan ancaman atau mengelak dari berdepan dengan ancaman. Lemah pula adalah kesan daripada perasaan panik yang tidak terkawal, individu yang berdarah gemuruh cenderung untuk menjadi lemah dan tidak berbuat apa-apa bagi menangani ancaman yang berlaku. Manakala individu yang mempunyai keberanian dan keyakinan bahawa dia mampu menangani ancaman tersebut secara berdepan, mengambil keputusan untuk melawan.
Secara peribadi saya amat menyarankan tindakan keluar daripada kawasan ancaman atau dalam bahasa mudahnya lariiiiii.... Ia merupakan tindakan yang paling rendah risikonya, ia juga tidak menuntut kemahiran yang tinggi. Sesiapa saja boleh berlari asalkan tidak mengalami kecederaan serius mahupun kecacatan yang menghalang seseorang daripada berlari. Dorongan adrenalin pasti meningkatkan lagi kemampuan seseorang untuk berlari lebih laju. Tindakan melarikan diri juga memberi peluang individu terbabit pergi ke kawasan yang lebih selamat dan membuka ruang untuk mendapat bantuan.
Amat malang bagi mereka yang menjadi lemah dan kaku ketika berhadapan dengan ancaman. Keadaan ini amat menguntungkan bagi pihak yang mendatangkan ancaman, mereka dapat melaksanakan misi mereka dengan mudah tanpa sebarang rintangan. Masalah ini tidak memilih gender ia mungkin berlaku kepada lelaki mahupun perempuan. Mangsa gagal mengawal rasa panik dan menjadi lemah atau kaku membiarkan penyerang bertindak sesuka hati terhadap mereka. Masalah ini juga boleh diakibatkan oleh rasa hormat terhadap penyerang (sebahagian besar kes rogol melibatkan penyerang yang dikenali oleh mangsa). Mangsa yang berada dalam situasi ini hilang kemampuan berfikir dan rasa tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Macam nampak hantu!
Memilih untuk melawan pula merupakan tindakan yang lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa. Memilih tindakan ini memerlukan keberanian, dan mungkin sedikit kemahiran seni bela diri. Bantuan daripada alat bantuan keselamatan peribadi juga boleh menjadikan tindakan ini lebih berkesan. Alat bantuan keselamatan peribadi... nama je canggih tapi ia terdiri daripada payung, kunci kereta, spray minyak wangi, lampu suluh dan lain-lain barangan yang ada pada seseorang yang boleh dimanfaatkan dalam keadaan terdesak. Risiko mengambil tindakan ini ialah seseorang itu tidak mendedahkan diri kepada peluang mendapat bantuan, kerana yakin boleh mengatasi ancaman. Saya paling tak suka ambil tindakan melawan, sebab kita tak tahu sejauh mana penyerang mahu bertindak.
Sekarang kita dah tahu tentang 3L, kita tak terkecuali dari mengambil salah satu dari L yang saya ceritakan diatas. Sebenarnya tahap kesihatan turut mempengaruhi kemampuan kita bertindak. Jadi kekalkan tahap kesihatan anda, rajin bersenam, jaga pemakanan, buatlah yang mana patut. Supaya kita mampu membuat pilihan yang tepat dan wajar ketika berlaku ancaman fizikal.
Salam Sihat Dan Selamat!
Harap Blog ini dapat dimanfaatkan sebagai ruangan untuk berkongsi maklumat dan nasihat berkaitan kesihatan dan keselamatan. Saya amat mengalu-alukan komen dan nasihat daripada para pengunjung agar kita sama-sama beroleh kebaikan dari perkongsian ilmu tersebut.
Semua yang saya catatkan di sini bukan daripada kajian atau penemuan saya sendiri, saya mungkin memperolehinya dari pembacaan, perbincangan dan pengalaman saya. Saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian
yang dialami mana-mana pihak akibat maklumat dan artikel yang saya paparkan.
Harap Maklum.Teruskan mengikuti blog ini!
Semoga anda semua sentiasa sihat dan selamat!
Semua yang saya catatkan di sini bukan daripada kajian atau penemuan saya sendiri, saya mungkin memperolehinya dari pembacaan, perbincangan dan pengalaman saya. Saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian
yang dialami mana-mana pihak akibat maklumat dan artikel yang saya paparkan.
Harap Maklum.Teruskan mengikuti blog ini!
Semoga anda semua sentiasa sihat dan selamat!
No comments:
Post a Comment