Salam Sihat Dan Selamat!

Harap Blog ini dapat dimanfaatkan sebagai ruangan untuk berkongsi maklumat dan nasihat berkaitan kesihatan dan keselamatan. Saya amat mengalu-alukan komen dan nasihat daripada para pengunjung agar kita sama-sama beroleh kebaikan dari perkongsian ilmu tersebut.


Semua yang saya catatkan di sini bukan daripada kajian atau penemuan saya sendiri, saya mungkin memperolehinya dari pembacaan, perbincangan dan pengalaman saya. Saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian
yang dialami mana-mana pihak akibat maklumat dan artikel yang saya paparkan.

Harap Maklum.Teruskan mengikuti blog ini!

Semoga anda semua sentiasa sihat dan selamat!

Friday, 22 June 2012

Jom Tekan Tubi!

Teka Tubi atau dalam bahasa Inggeris "push-up" adalah satu bentuk latihan yang paling mudah, murah dan menjimatkan masa. Kita tak perlu pakaian yang tertentu, masa tertentu atau tempat yang khusus untuk senaman tekan tubi. Latihan yang kerap akan menguatkan otot lengan dan dada.

Cara melakukannya:

  1. Kalau nak mudah faham lihat gambar diatas. Mulakan dengan posisi meniarap.
  2. Kemudan, letakkan kedua-dua tangan selari dengan dada.
  3. Pastikan anda mengekalkan postur yang betul, ini peting supaya kesannya nanti tidak menyakitkan anda.
  4. Seterusnya, tolak badan anda menjauhi lantai. Jika anda cuba "mengangkat" badan dari lantai, anda akan rasa berat dan susah untuk meneruskan latihan ini. Cara yang betul ialah TOLAK!
Itu baru satu kiraan... untuk membina kekuatan otot anda perlu buat 3 set, dengan sekurang-kurangnya 8 ulangan bagi setiap set. Bagi yang baru nak cuba atau dah lama tak buat, anda boleh cuba dengan meletakkan tangan di tempat yang lebih tinggi dari kaki contohnya gunakan kerusi, tembok atau apa saja permukaan yang sesuai. Ini boleh mengurangkan beban yang anda tanggung, dan apabila sudah biasa nanti barulah anda cuba buat dengan meletakkan tangan sama paras dengan kaki.

Mudah kan? tak payah keluar duit dan boleh dibuat dimana-mana. (yang sesuai la..)

Selamat mencuba, saya doakan anda semua kekal sihat! Insya Allah.

No comments:

Post a Comment