Bagaimanapun taklah setiap kali orang tipu kita, kita nak buat repot polis. Kalau macamtu habis la polis tak boleh nak buat keje lain. Ada orang mengadu kena tipu oleh suami, ada yang kena tipu oleh kekasih, ada yang kena tipu oleh adik beradik dan macam-macam lagi hal yang seumpamanya. Jadi pihak yang bekenaan telah menjalankan kajian berkaitan mengesan penipuan.
Bayangkan la kalau anda jadi polis, hakim, atau mana-mana pihak berkuasa yang berurusan dengan penipuan setiap hari. Naik jelak dah agaknya. Kajian yang dibuat merangkumi pergerakan tubuh badan, riak wajah, tabiat, denyut nadi dan perubahan suara. Sampai macamtu teliti mereka buat untuk kesan penipu. Bagaimanapun mereka yang memang terlatih dalam hal tipu-menipu masih berjaya dengan teknik dan taktik mereka.
Jadi kat sini saya nak kongsi cara-cara kita mengesan penipuan. Ada banyak teknik dalam proses mengesan penipuan. Antaranya ialah memerhati pergerakan tubuh, gerakan mata, dan ada juga cara yang lebih teknikal iaitu dengan menggunakan mesin pengesan tipu. Mesin tersebut merekod denyut nadi dan suara, ia dipanggil Polygraf. Sebarang perubahan pada denyut nadi dan suara akan direkodkan, kemudian rekod tersebut dinilai bagi mengesahkan seseorang yang diuji tadi bercakap benar atau tidak.
Hebat sangatlah kalau kita ada mesi tu, habis semua orang kita nak test. Yang saya nak kongsi ni mudah je. Kita mula dengan lihat pergerakan tubuh dulu. Anda boleh cuba dengan ahli keluarga atau rakan sepejabat untuk lihat keberkesanan teknik ini. Senaraikan soalan-soalan mudah yang anda boleh sahkan jawapannya. Kemudian ajukan soalan pada mereka yang berkenaan, dan rekodkan pergerakan tubuh mereka.
Perhatikan perkara-perkara berikut:
- Pergerakan tubuh kelihatan kaku atau keras. Mungkin ada sedikit pergerakan tangan, tetapi ia lebih kearah diri mereka sendiri. Misalnya berpeluk tubuh, meletakkan tangan ke belakang badan dan sebagainya. Tindakan kurang bergerak atau pergerakan yang erbatas menunjukkan seseorang tu menyembunyikan sesuatu, dan mereka tidak mahu kongsikan dengan orang lain.
- Orang yang menipu tidak akan memandang ke mata anda bila mereka bercakap.
- Mereka kerap menggaru atau menyapu muka, hidung, tekak, telinga atau belakang telinga.
·
Orang yang menipu suka bercakap laju dan
meyakinkan anda dengan perkara-perkara yang anda boleh rasa ia tidak perlu. Ini
kerana mereka rasa kurang selesa jika ada ruang untuk anda mencelah atau adanya
masa senggang dalam perbualan tersebut.
·
Mereka juga tidak mahu membuat kenyataan secara
langsung soalan anda mungkin juga dijawab dengan soalan.
·
Mereka juga cenderung untuk menjarakkan diri
dari anda, atau meletakkan sesuatau seperti buku atau gelas antara anda berdua.
·
Penipu akan bersikap defensif.
·
Kelakuan mereka juga tidak selari dengan raut
wajah. Contohnya mengerutkan dahi sambil menyatakan "Terimakasih, saya
sangat suka hadiah ini!"
Secara ringkasnya kita cuba yang ini saja dulu. Jom kita
sama-sama berlatih dan mahirkan diri mengesan penipu. Memang banyak lagi cara
dan teknik dalam mengesan penipu, kalau anda berminat mungkin boleh GOOGLE atau
pergi ke kedai buku untuk dapatkan info yang lebih lengkap. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment