Salam Sihat Dan Selamat!

Harap Blog ini dapat dimanfaatkan sebagai ruangan untuk berkongsi maklumat dan nasihat berkaitan kesihatan dan keselamatan. Saya amat mengalu-alukan komen dan nasihat daripada para pengunjung agar kita sama-sama beroleh kebaikan dari perkongsian ilmu tersebut.


Semua yang saya catatkan di sini bukan daripada kajian atau penemuan saya sendiri, saya mungkin memperolehinya dari pembacaan, perbincangan dan pengalaman saya. Saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian
yang dialami mana-mana pihak akibat maklumat dan artikel yang saya paparkan.

Harap Maklum.Teruskan mengikuti blog ini!

Semoga anda semua sentiasa sihat dan selamat!

Thursday, 28 June 2012

Awas Penipu.....

Kena tipu adalah pengalaman yang menyakitkan hati sesiapa saja. Perasaan ditipu adakalanya menimbulkan rasa marah dan mungkin ada orang yang rasa sedih. Mana taknya orang yang ditipu rasa kepercayaan dan perbuatan baik mereka telah dikhianati oleh pihak yang menipu. Saya rasa lah kan, dalam dunia ni tak ada orang yang suka ditipu. Sebab tu tipu diklasifikasikan sebagai jenayah, kalau tak percaya sila rujuk Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun taklah setiap kali orang tipu kita, kita nak buat repot polis. Kalau macamtu habis la polis tak boleh nak buat keje lain. Ada orang mengadu kena tipu oleh suami, ada yang kena tipu oleh kekasih, ada yang kena tipu oleh adik beradik dan macam-macam lagi hal yang seumpamanya. Jadi pihak yang bekenaan telah menjalankan kajian berkaitan mengesan penipuan.

Bayangkan la kalau anda jadi polis, hakim, atau mana-mana pihak berkuasa yang berurusan dengan penipuan setiap hari. Naik jelak dah agaknya. Kajian yang dibuat merangkumi pergerakan tubuh badan, riak wajah, tabiat, denyut nadi dan perubahan suara. Sampai macamtu teliti mereka buat untuk kesan penipu. Bagaimanapun mereka yang memang terlatih dalam hal tipu-menipu masih berjaya dengan teknik dan taktik mereka.

Jadi kat sini saya nak kongsi cara-cara kita mengesan penipuan. Ada banyak teknik dalam proses mengesan penipuan. Antaranya ialah memerhati pergerakan tubuh, gerakan mata, dan ada juga cara yang lebih teknikal iaitu dengan menggunakan mesin pengesan tipu. Mesin tersebut merekod denyut nadi dan suara, ia dipanggil Polygraf. Sebarang perubahan pada denyut nadi dan suara akan direkodkan, kemudian rekod tersebut dinilai bagi mengesahkan seseorang yang diuji tadi bercakap benar atau tidak.

Hebat sangatlah kalau kita ada mesi tu, habis semua orang kita nak test. Yang saya nak kongsi ni mudah je. Kita mula dengan lihat pergerakan tubuh dulu. Anda boleh cuba dengan ahli keluarga atau rakan sepejabat untuk lihat keberkesanan teknik ini. Senaraikan soalan-soalan mudah yang anda boleh sahkan jawapannya. Kemudian ajukan soalan pada mereka yang berkenaan, dan rekodkan pergerakan tubuh mereka.

Perhatikan perkara-perkara berikut:
  • Pergerakan tubuh kelihatan kaku atau keras. Mungkin ada sedikit pergerakan tangan, tetapi ia lebih kearah diri mereka sendiri. Misalnya berpeluk tubuh, meletakkan tangan ke belakang badan dan sebagainya. Tindakan kurang bergerak atau pergerakan yang erbatas menunjukkan seseorang tu menyembunyikan sesuatu, dan mereka tidak mahu kongsikan dengan orang lain.
  • Orang yang menipu tidak akan memandang ke mata anda bila mereka bercakap.
  • Mereka kerap menggaru atau menyapu muka, hidung, tekak, telinga atau belakang telinga.
Selain daripada itu perhatikan juga interaksi mereka semasa perbualan berlangsung.

·    Orang yang menipu suka bercakap laju dan meyakinkan anda dengan perkara-perkara yang anda boleh rasa ia tidak perlu. Ini kerana mereka rasa kurang selesa jika ada ruang untuk anda mencelah atau adanya masa senggang dalam perbualan tersebut.

·    Mereka juga tidak mahu membuat kenyataan secara langsung soalan anda mungkin juga dijawab dengan soalan.

·    Mereka juga cenderung untuk menjarakkan diri dari anda, atau meletakkan sesuatau seperti buku atau gelas antara anda berdua.

·    Penipu akan bersikap defensif.

·    Kelakuan mereka juga tidak selari dengan raut wajah. Contohnya mengerutkan dahi sambil menyatakan "Terimakasih, saya sangat suka hadiah ini!"

Secara ringkasnya kita cuba yang ini saja dulu. Jom kita sama-sama berlatih dan mahirkan diri mengesan penipu. Memang banyak lagi cara dan teknik dalam mengesan penipu, kalau anda berminat mungkin boleh GOOGLE atau pergi ke kedai buku untuk dapatkan info yang lebih lengkap. Selamat mencuba.

Salam sihat dan selamat!

Monday, 25 June 2012

Tips Menghindar Serangan!

Ape hal asik cerita serang menyerang je nih...?? Bukan ape kejadian ni jarang dibincang dan diteliti, bila berlaku kita semua tergamam dan tak pernah ada persediaan menghadapinya. Bukan nak minta perkara buruk berlaku, tapi ikut kata pepatah  - "Malang tidak Berbau" maksudnya takde amaran jika kejadian buruk nak menimpa kita. Baik kita sediakan payung sebelum hujan.

Saya pun bukan nak kata mahir tapi cuba lah kongsi setakat yang mampu. Menghindar sentiasa lebih baik dari merawat, seperti yang saya jelaskan dalam post saya yang lebih awal: ancaman kepada keselamatan walaupun hanya sekalai tetapi kerugian atau kerosakan akibat ancaman tersebut mungkin membuat kita menyesal sepanjang hayat.

Disini saya kongsikan beberapa perkara yang dapat kita praktikkan bagi mengelak berlakunya serangan penjenayah. Antaranya ialah:

  • Jangan berjalan bersendirian ditempat sunyi, terutamanya pada waktu malam. Lebih ramai lebih baik.
  • Berjalanlah ditempat yang terbuka dan pilihlah jalan yang diterangi cahaya.
  • Elakkan berjalan terlalu rapat dengan binaan, semak atau pokok yang memungkinkan sesiapa saja yang bersembunyi disebaliknya mencapai anda dengan pantas.
  • Berjalan dengan yakin dan berani, mereka yang kelihatan takut memberi keyakinan kepada penyerang bahawa mereka adalah mangsa yang mudah.
  • Sentiasa biarkan sebelah tangan anda kosong tanpa memegang apa-apa. Ini membolehkan anda bertindak sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
  • Elakkan dari menggunakan laluan yang sama setiap hari, supaya pergerakan anda tidak mudah dijangka dan diperangkap.
  • Jangan pamerkan barang kemas anda, simpan dompet dalam poket hadapan dan beg duit dalam jaket. Pastikan barangan berharga seperti itu tidak mudah dilihat.
  • Jangan gunakan mesin ATM pada waktu malam jika anda berseorangan.
  • Jika anda rasa anda diekori, segera masuk ke dalam kedai, restoran atau pergi ke rumah yang berpenghuni.
  • Jangan bergelut dengan peragut atau perompak untuk menelamatkan harta benda anda. Ingat nyawa ialah harta yang paling berharga!
Saya harap perkara-perkara diatas dapat membantu mencegah jenayah daripada berlaku dan menyelamatkan nyawa. Sesiapa saja yang terbaca senarai diatas boleh sebarkan dan manfaatkan untuk kebaikan semua orang. Saya sentiasa doakan anda semua sihat dan selamat!

Sunday, 24 June 2012

Nak turunkan berat badan?

Jumpa statement ni kat Men's Health :-

"Genesis Prevention Center in South Manchester found that dieting for only two days a week is more effective than watching calories every day."

Dah berabad Rasulullah S.A.W ajar kita puasa setiap Isnin dan Khamis. Sah Islam mendahului masa, ajarannya tak pernah outdated atau obsolete... Puasa dua hari seminggu mengakibatkan kita menghindarkan kalori dalam jumlah yang banyak. Secara teknikalnya berat badan memang akan menurun. Kesihatan pula tidak terjejas kerana tiada kesan sampingan daripada berpuasa.

Tak percaya?? Sepanjang bulan Ramadhan umat Islam berpuasa, takde pulak dengar berita ade sesape yang mati akibat tak puasa. Puasa boleh merehatkan usus, disamping menjamin kesihatan kolon. Selain daripada itu puasa juga membuang toksin dalam tubuh dan meningkatkan imunisasi tubuh meawan penyakit.

Sebenarnya kalau rajin cari banyak lagi hikmah berpuasa ni. Bincang bab puase ni teringat lak Ramadhan pun dah makin hampir. Jom rancang pemakanan kita, makan dengan cara yang penuh hikmah, baru nikmat. Yang sedihnya orang bukan Islam dah buat kajian, percaya, dan mula beramal dengan cara yang dianjurkan oleh Islam. Kita yang dah memang lahir dalam Islam ni teragak-agak nak buat....

Selamat beramal...

Repair..



Ni kira kreatif ke ape ni?? nampak gaya tak selamat la...

Semburan Pewangi

Salam Sihat dan Selamat,

Anda biasa menggunakan pewangi? Pasti ramai antara kita yang gemar kepada wangi-wangian dan mungkin terlalu obses hingga membawa pewangi kemana saja mereka pergi. Bukan nak promote mana-mana jenama pewangi tapi nak cerita pasal kebaikan kalau ada minyak wangi jenis semburan, bukan yang jenis "roll-on" tau!


Sudah pasti minyak wangi membuat kita sentiasa berkeyakinan malah dalam Islam memakai minyak wangi adalah sunnah Rasulullah s.a.w, maknanya dapat pahala kalau pakai dengan tujuan baik. Tapi saya tak mau pergi lebih jauh tentang minyak wangi sebab saya sebenarnya nak cerita tentang manfaat semburan minyak wangi yang mungkin kita tak sedari (kalau yang sedar baguslah...)

Sebenarnya memang baik jika membawa minyak wangi kemana saja kita pergi, letakkan ia di tempat yang mudah dicapai. Maksud saya empat yang anda boleh akses dalam masa kurang dari 5 saat. Boleh jadi dalam poket seluar, poket paling hadapan beg sling anda, atau mana-mana tempat yang anda fikirkan sesuai.

Semburan minyak wangi selain dapat menyelamatkan anda dari bau badan juga boleh memberi ruang untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku serangan fizikal. Pada saat kritikal anda diserang oleh peragut, pencabul atau penyamun, semburan minyak wangi mungkin dapat memberi ruang untuk anda bertindak. Bagaimana???

  • Berhadapan dengan penyerang.
  • Capai penyembur minyak wangi anda seberapa pantas yang boleh.
  • Elakkan pergelutan kerana ia menyekat peluang anda bertindak.
  • Semburkan minyak wangi tepat ke mata penyerang.
Tindakan awal sesiapa saja dalam situasi ini ialah melindungi mata dari cecair yang disemburkan. Ini boleh memberi anda ruang untuk membuat tindakan atau pilihan seterusnya. Ingat! Kajian menunjukkan mangsa biasanya ada kurang 13 saat untuk memilih samada untuk lari atau lawan. Keadaan penyerang yang tidak stabil tadi mungkin membolehkan anda bertindak melarikan diri, menjerit untuk mendapatkan pertolongan, atau melepaskan satu tendangan. Bertindaklah dengan bijak mengikut kesesuaian dan kemampuan anda pada situasi berkenaan.

Saya sentiasa doakan anda semua Sihat dan Selamat.

Saturday, 23 June 2012

ANCAMAN! AaaaAaRrRggGhhH!!!

Ancaman terhadap keselamatan mungkin berlaku dalam pelbagai bentuk. Ia mungkin berupa serangan fizikal, gangguan emosi, kerosakan harta benda, tindakan yang mendatangkan aib atau menjatuhkan maruah, dan lain-lain lagi perkara yang boleh mengakibatkan hilangnya rasa aman dan tenteram pada individu atau sesebuah kumpulan. Kali ini biar saya cerita pasal ancaman secara fizikal terhadap individu dulu. Secara umumnya tindakan individu atau kumpulan terhadap sesuatu ancaman adalah hampir sama.

Hanya ada tiga kemungkinan yang akan berlaku iaitu lari (fly), lemah (freeze) atau lawan (fight) kalau 3L ini adalah tindakan yang akan diambil oleh mana-mana individu ketika berhadapan dengan ancaman. Lari bermaksud melepaskan diri daripada kawasan ancaman atau mengelak dari berdepan dengan ancaman. Lemah pula adalah kesan daripada perasaan panik yang tidak terkawal, individu yang berdarah gemuruh cenderung untuk menjadi lemah dan tidak berbuat apa-apa bagi menangani ancaman yang berlaku. Manakala individu yang mempunyai keberanian dan keyakinan bahawa dia mampu menangani ancaman tersebut secara berdepan, mengambil keputusan untuk melawan.

Secara peribadi saya amat menyarankan tindakan keluar daripada kawasan ancaman atau dalam bahasa mudahnya lariiiiii.... Ia merupakan tindakan yang paling rendah risikonya, ia juga tidak menuntut kemahiran yang tinggi. Sesiapa saja boleh berlari asalkan tidak mengalami kecederaan serius mahupun kecacatan yang menghalang seseorang daripada berlari. Dorongan adrenalin pasti meningkatkan lagi kemampuan seseorang untuk berlari lebih laju. Tindakan melarikan diri juga memberi peluang individu terbabit pergi ke kawasan yang lebih selamat dan membuka ruang untuk mendapat bantuan.

Amat malang bagi mereka yang menjadi lemah dan kaku ketika berhadapan dengan ancaman. Keadaan ini amat menguntungkan bagi pihak yang mendatangkan ancaman, mereka dapat melaksanakan misi mereka dengan mudah tanpa sebarang rintangan. Masalah ini tidak memilih gender ia mungkin berlaku kepada lelaki mahupun perempuan. Mangsa gagal mengawal rasa panik dan menjadi lemah atau kaku membiarkan penyerang bertindak sesuka hati terhadap mereka. Masalah ini juga boleh diakibatkan oleh rasa hormat terhadap penyerang (sebahagian besar kes rogol melibatkan penyerang yang dikenali oleh mangsa). Mangsa yang berada dalam situasi ini hilang kemampuan berfikir dan rasa tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Macam nampak hantu!

Memilih untuk melawan pula merupakan tindakan yang lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa. Memilih tindakan ini memerlukan keberanian, dan mungkin sedikit kemahiran seni bela diri. Bantuan daripada alat bantuan keselamatan peribadi juga boleh menjadikan tindakan ini lebih berkesan. Alat bantuan keselamatan peribadi... nama je canggih tapi ia terdiri daripada payung, kunci kereta, spray minyak wangi, lampu suluh dan lain-lain barangan yang ada pada seseorang yang boleh dimanfaatkan dalam keadaan terdesak. Risiko mengambil tindakan ini ialah seseorang itu tidak mendedahkan diri kepada peluang mendapat bantuan, kerana yakin boleh mengatasi ancaman. Saya paling tak suka ambil tindakan melawan, sebab kita tak tahu sejauh mana penyerang mahu bertindak.

Sekarang kita dah tahu tentang 3L, kita tak terkecuali dari mengambil salah satu dari L yang saya ceritakan diatas. Sebenarnya tahap kesihatan turut mempengaruhi kemampuan kita bertindak. Jadi kekalkan tahap kesihatan anda, rajin bersenam, jaga pemakanan, buatlah yang mana patut. Supaya kita mampu membuat pilihan yang tepat dan wajar ketika berlaku ancaman fizikal.

Friday, 22 June 2012

Silalah Minum...;)

Panas tak kat luar sana?? dah pekena Lai Ci Kang semangkuk pun tak hilang dahaga lagi... nak bagi hilang haus memang kena minum air masak juga la...

Air masak ni banyak kebaikan dia, yang paling jelas murah! Tapi sebenarnya bukan itu saje, banyak lagi kebaikan minum air ni. Bila saya sebut air, tak termasuk la air oren, sirap kopi dan lain-lain. Saya hanya maksudkan air mineral atau air masak saje. Atau lebih popular dengan panggilan air kosong.



Kat sini saya senaraikan kebaikan minum air supaya kita sama-sama boleh kongsi:

1. Kurangkan berat badan.

Namapun air kosong, mana ada kalori. Jadi kalau takde kalori maknanya tak menambahkan berat. Kalau nak kurangkan berat badan, gantikan minuman yang biasa kita minum macam minuman bekarbonat, minuman manis, minuman keras (kopi o keras) dan sebagainya dengan air saje. Kadang-kadang kita cepat rasa lapar, sebenarnya kita cuma haus. Minum dengan kerap kurangkan pengambilan kalori dan dapatkan berat badan yang ideal.

2. Baik untuk jantung.

Minum air dengan kadar yang bersesuaian boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian selama 6 tahun yang disiarkan dalam American Journal of Epidemiology (1 Mei 2002) mendapati, mereka yang minum air lebih dari 5 gelas sehari  adalah 41% kurang berkemungkinan untuk mendapat serangan jantung daripada mereka yang minum air kurang daripada 2 gelas sehari, sepanjang kajian tersebut dijalankan.

3. Menambahkan tenaga.

Kehausan boleh buat kita rasa penat dan tak bertenaga. Haus maknanya tubuh kita memberi signal bahawa ia sedang terhidrat. Proses penghidratan buat kita rasa lemah dan tak bermaya, (ingat masa bulan pose??). Oleh itu minumah air dan kembalikan tenaga anda.

4. Penawar sakit kepala.

Ada banyak sebab kita boleh dapat sakit kepala, seperti terhantuk di meja, tekanan kerja dan sebagainya. Salah satu sebab yang biasa menyebabkan sakit kepala ialah kekurangan air dalam tubuh. Bila tubuh kita terhidrat kerana kurang air, kita mudah merasa sakit kepala.

5. Baik untuk kulit.

Minum air dengan banyak boleh menjadikan kulit sihat, kita boleh lihat kesan pendehidratan bila kita terdedah kepada cuaca panas yang berpanjangan. Kulit akan cepat kering dan nampak kusam. Penawar yang murah dan berkesan ialah air je...

6. Membantu penghadaman.

Masalah penghadaman boleh mengakibatkan berat badan bertambah, bukan itu saja bentuk badan juga jadi tak menarik. Kalau kurang sangat minum air silap-silap dapat sembelit pulak. Minum air dengan banyak bersama serat dengan kadar yang sesuai dapat membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

7. Pembersih.

Air digunakan ole tubuh kita sebagai pembersih, yang mana ia membantu menyingkirkan toksin dan sisa-sia kumuh yang tidak diperlukan oleh tubuh kita.

8. Mengelakkan kanser.

Kajian mendapati minum air dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%, mengurangkan risiko kanser kolon sebanyak 45% dan turut membantu mengurangkan risiko kanser payudara.

Banyak lagi kebaikan minum air ni... bukannya mahal pun air kosong ni, mudah pula didapati. Jadi minumlah air. Nak minum berapa banyak??? Dulu kita biasa dengan orang cakap minum 8 gelas sehari. Hari ini nasihat tu mungin dah tak relevan lagi, sebab ia tak mengambil kira berat badan, tahap kesihatan dan cara pemakanan seseorang itu. Cara yang baik ialah dengan minum segelas pada awal pagi, segelas selepas makan, segelas antara waktu makan, segelas selepas bersenam dan segelas sebelum tidur. Pastikan anda tak rasa haus, masalahnya kalau kerja dalam pejabat yang berpenghawa dingin memang susah nak rasa haus. Minumlah air dengan kerap agar anda setiasa sihat!!!